Sabtu, 28 Mac 2009

3 soalan terjawab.......

Pada suatu masa ada seorang yang memusuhi Allah. Ia suka menanyakan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama di Baghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan ia semakin menjadi-jadi memperleceh Islam.
Pada suatu hari seorang anak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar siapa sahaja untuk menjawab soalannya. Anak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja. Kemudian ia nekat untuk menyahut seruan lelaki itu. Ia kemudiannnya berjalan ke arah lelaki itu dan berkata, "Aku sahut cabaranmu" Lelaki itu ketawa dan tambah memperleceh lagi
orang-orang Islam sambil berkata, "Anak berumur 10 tahun menyahut seruanku? Ini sajakah yang mampu kamu adakan?" Anak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya. Ia akan menyaht
cabaran lelaki ini dan dengan pertolongan dan petunjuk Allah ia akan menundukkan lelaki ini. Lelaki itu akhirnya bersetuju. Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana selalunya rapat-rapat umum diadakan.
Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia menanyakan soalan pertama,
"Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"
Anak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian ia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya ia boleh naik dan menjawab soalan itu.
Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata,
"Apa? Kau mahu aku turun?"
"Ya!" jawab anak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab, bukan?"
Akhirnya lelaki itu turun dan itu dengan kakinya yang kecil naiklah ke atas bukit. Lalu ia berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke atas yang tinggi".
Mendengar jawaban anak ini orang ramaipun bersorak sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar! !!"
Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak jera lalu menanyakan soalan kedua.
Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?" Anak lelaki itupun bertafakkur. Lalu ia meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang. Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0" Lalu anak lelaki itupun bertanya, " Apa yang wujud sebelum 0 ?"
Jawab lelaki itu, "Tak tahu ....... tiada" Anak lelaki itupun
berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah, Dia kekal abadi".
Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir, "Allah-hu-akbar! !!!" Lelaki itu mula putus asa tetapi meneruskan dengan soalan ketiga,
" Ke arah mana Allah menghadap? "
Seperti tadi anak lelak itu pun berfikir sejenak. Lalu ia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu ia memberikannya kepada lelaki tadi. Ia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata,
"Apa yang kau ingin buktikan?"
Anak lelaki itupun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?" Lelaki itu menjawab, "Tentulan ke semua arah". Anak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana. Tiada tempatpun
Dia tiada. Orang ramaipun bersorak lagi sambil bertakbir, ""Allah-hu-akbar! !!" Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian anak itu lalu ia menjadi penganut Islam dan belajar dengan anak itu.
Tahukah anda siapa anak lelaki itu? Ia adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli sunnah wal jamaah. Imam Abu Hanifah.

Isnin, 23 Mac 2009

CEMERLANG SPM
















CALON CEMERLANG SPM 2008

Tahniah kepada anak-anak didik Raudah yang telah berjaya dalam SPM 2008. Semoga kejayaan yang dimiliki dapat memberi semangat untuk adik-adik yang akan menduduki peperiksaan tahun ini dan tahun-tahun seterusnya agar lebih cemerlang.

Jumaat, 13 Mac 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN MAULIDUL RASUL 2009







Pada 8 Mac 2009, majlis solat hajat dan maulidul rasul telah diadakan. Solat hajat telah dihadiri oleh semua warga MRANJ. Selepas solat hajat, satu ceramah maulidur rasul yang amat menarik telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Penceramah tersebut dijemput khas daripada Maahad As-Sabirin Air Lanas. Melalui ceramah ini, para pelajar dan guru dapat mengetahui sejarah-sejarah perkembangan Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian, semua pelajar dan guru berselawat bersama-sama keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Selepas itu, majlis bersurai dengan jayanya.

Isnin, 9 Mac 2009

Ahad, 8 Mac 2009

PESKO 2009














PESTA SUKAN SEKOLAH MAAHAD RAUDHAH AN-NAZIRIN
TARIKH : 5 MAC 2009

Ahad, 1 Mac 2009

Panduan Belajar

Kaedah Belajar Berkesan

  1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
  2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
  3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
  4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
  5. Memahami apa yang dibaca.
  6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
  7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.
  8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
  9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
  10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.
  11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
  12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
  13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
  14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

Amalan Peningkatan Daya Ingatan

  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.

  1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)