Ahad, 11 Mei 2008

Tenaga Pengajar

Rabu, 7 Mei 2008

HIASAN DIRI SEORANG MUSLIMAH

Jadikan gaddhul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak batin, nescaya ia akan jernih.
Pergunakan lipstik kejujuran sebagai pewarna bibir, nescaya ia akan merekah dan mempersona.
Pakailah istighfar sebagai sabun, pasti ia akan melenyapkan kotoran noda, dosa, dan maksiat dari hati dan badanmu.
Rawatlah rambut anda dengan perlindungan jilbab, pasti ia sihat dan semakin cantik.
Hiasilah wajah anda dengan bedak air wudhuk, nescaya ia akan bercahaya dan berseri.
Pakailah farfum akhlak karimah, pasti ia berbau semerbak di dunia dan akhirat.
Hiasi tangan anda dengan cincin ukhuwah, pasti anda akan selamat dan banyak rezeki.
Hiasi leher anda dengan kalung kesucian, pasti ia adalah sebaik-baik perhiasan.
Makan makanan yang halal dan baik serta jauh dari syubhat.
Menghindari dari bentuk-bentuk kejahiliahan, baik secara terang-terangan ataupun secara


sembunyi-sembunyi.~Personaliti Muslimah Cemerlang~

Isnin, 21 April 2008

Khamis, 10 April 2008

LANGKAH-LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.

2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

3. Tidur yang mencukupi..

4. Menjaga kesihatan diri.

5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.

12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.

19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

Ahad, 6 April 2008

FIKIRKAN...

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus. Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan. Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong. Jika Anda tidak mampu menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik. Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak. Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa. Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit. Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup. Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat. Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri. Anda hidup sekali saja didunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup. Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat. Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi. Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan. Lidah anda yang menentukan siapa anda. Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok. Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya. Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala anda lupa akan lirik-liriknya. Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah. Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kita mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita mampu melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak mampu melihat keduanya. Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah. Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhuwatiran untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri. Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala tanpa perlu bersusah payah. Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. (Khalifah Abdul MAlik bin Marwan) Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya.Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya. Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut. Sekali tidak berhasil bukan bererti gagal selamanya. Kebahagiaan takkan pernah mampu dibeli dengan wang. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat mahupun kepada keluarga. Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk. Hiduplah Sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya . Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AGAMA DI KAMPUNG JERIMBONG DAN SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN MAAHAD RAUDHAH AN-NAZIRIN JERIMBONG,KUALA BALAH, JELI, KELANTAN.

Perkembangan Pendidikan Agama.

Membaca Al Quran

Tiada satu pun pusat pengajian Al-Quran di kampung ini pada awalnya melainkan ianya diajar oleh ibubapa masing-masing. Mereka mengajar perkara-perkara yang diketahui berupa pengetahuan asas agama dan bacaan Al-Quran. Pada masa itu tiada palajaran tulisan yang diajarkan kepada anak-anak. Mereka hanya diajar mengenal huruf-huruf dalam Al-Quran dan menghafalnya. Ini dilakukan oleh ibubapa bagi menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.

Pendidikan di rumah ini akhirnya mengalami perubahan akibat daripada kemasukan unsur-unsur pendidikan dari luar. Diantara masyarakat kampung, ada di antara mereka yang ingin berkhidmat untuk mengajar mengaji Al Quran kepada kanak-kanak tempatan, kerana itu munculnya kelas-kelas mengaji Al Quran. Keadaan ini tentunya meringankan ibubapa dalam mengajar anak-anak untuk membaca Al Quran, tambahan pula mereka selalu kepenatan selepas bekerja berat pada waktu siang. Kelas-kelas membaca Al Quran ini diadakan di umah-rumah guru. Hanya pelajaran membaca Al Quran sahaja diajarkan manakala pelajaran lain masih lagi menjadi tugas ibubapa.

Pelajaran diadakan setiap hari kecuali hari Jumaat.Terdapat tiga sesi pengajian iaitu pada waktu pagi, petang dan malam. Bilangan pelajar setiap kelas tidaklah ramai iaitu antara 20-30 orang ini. Umur kanak-kanak yang mengikuti pelajaran ini adalah diantara 7-20 tahun. Mereka mula belajar dari Muqaddam dan menitikberatkan soal-soal ejaan dan kelancaran membaca. Kanak-kanak yang telah tamat pengajian mereka biasanya akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran. Majlis khatam ini biasanya dilakukan dengan membawa ayam panggang dan buah-buahan ke rumah guru bagi mengesahkan yang seseorang itu telah lulus atau tamat membaca Al Quran dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan atas usaha tersebut.

Pelajaran Fardu Ain.

Kelantan yang terkenal sebagai pusat agama Islam pada awal kurun ke-20 dan ramai tokoh-tokoh ulama dilahirkan pada masa ini. Justeru itu terdapat penduduk tempatan yang pergi belajar ilmu agama dengan tokoh-tokoh ulama’ ini di pondok-pondok di Kota Bharu dan lain-lain tempat. Sekembalinya mereka ke kampung, mereka yang berkebolehan telah mengambil inisiatif mengajar ilmu-ilmu keagamaan yang telah di perolehi. Hasilnya, dari sokongan dan kehendak penduduk tempatan mereka mula mengajar di surau dan tidak lagi di rumah. Pada peringkat permulaannya mereka hanya mengajar pada orang-orang dewasa atau ibubapa disebelah malam iaitu satu atau dua kali dalam seminggu. Antara guru-gurunya yang terkenal iaitu Tok Ma’arif dan Haji Mat Lazim.

Pelajaran yang diberikan mulai berubah di samping mengajar membaca Al Quran. Kanak-kanak juga diajarkan perkara-perkara Fardu Ain. Perkara-perkara ini meliputi pelajaran-pelajaran asas Tauhid, Feqah dan cara-cara sembahyang. Pada masa ini kanak-kanak belum lagi diajar menulis tapi hanya mendengar syarahan yang disampaikan oleh guru mereka.

Sistem pendidikan baru ini tidaklah menjejaskan pengajian Al Quran. Ini kerana pengajarannya hanya satu atau dua kali dalam seminggu. Pada waktu-waktu yang lain kanak-kanak boleh belajar mengaji Al Quran. Tambahan pula kanak-kanak perempuan jarang mengikuti kelas tersebut kerana ibubapa beranggapan bahawa kanak-kanak perempuan tidak perlu belajar lebih mendalam sebab mereka tetap menjadi surirumah juga.

Ceramah


Sebelum tertubuhnya Madrasah ini, penduduk kampung ini juga mendapat pelajaran agama melalui ceramah-ceramah agama yang diadakan. Penceramah-penceramah ini dijemput dari luar terutama dari Kota Bharu dan Patani (Selatan Thai). Penceramah ini diundang khas untuk memeriahkan “majlis makan beras baru”. Majlis ini diadakan secara besar-besaran di mana dua atau tiga penceramah telah diundang untuk memberikan ceramah agama.

Untuk menyediakan majlis ini, penduduk kampung ini secara gotong-royong akan mengadakan kenduri dengan menyembelih lembu dan mengadakan pentas khas untuk penceramah. Majlis ini dimulakan selepas sembahyang Maghrib dan selesai menjelang tengah malam.

Majlis ceramah juga diadakan apabila tiba hari kebesaran Islam seperti Awal Muharam, Maulud Nabi dan lain-lain. Majlis seumpama ini telah memberikan penduduk semangat dan asas pelajaran Agama Islam. Ini terbukti melalui sikap mereka terhadap tertubuhnya Madrasah dengan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk memaju dan memperkembangkan Agama Islam di kawasan ini.

Rabu, 26 Mac 2008

SEJARAH SEKOLAH

1957-Sumbangan derma orang ramai dan gotong-royong bagi pembiayaan sekolah.

1965-Mendapat bantuan kerajaan negeri hingga tahun 1969.

1967-Bangunan sekolah dan peralatannya dihanyut banjir besar 1967 dibangunkan kembali atas usaha-usaha orang kampung.

1976-Dapat membeli tanah tapak sekolah seluas 2A – 236 depa berharga RM 2,500.00 yang mana RM 2,000.00 di dapati dari kerajaan negeri dan RM 500.00 dari derma ibubapa dan orang ramai.

1981-Sambutan Perayaan Jubli Perak, peruntukan bagi mendirikan bangunan baru diisytiharkan oleh YAB Dato’ Haji Mohamed Yaacob, Menteri Besar Kelantan, semasa merasmikan perayaan sebanyak RM 200,000.00.

1982-Bangunan baru mula dibina.

1983-Perasmian bangunan baru oleh YAB Dato’ Menteri Besar.

2002-Perasmian bangunan baru 3 tingkat dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz b Nik Mat,Menteri Besar Kelantan.

2006-Sekolah ini telah dinamakan sebagai Maahad Raudhah An-Nazirin.

2007-Sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan sekolah yang akan dirasmikan oleh YB Mohd Amar b Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan.