Isnin, 29 Mac 2010

RESIPI KEJAYAAN

BAHAN-BAHANNYA


250 gram daya usaha
100 gram kesabaran
100 gram keimanan
190 gram keinsafan
150 gram pengorbanan
150 gram campuran akhlak mulia (boleh didapati daripada didikan akhlak yang baik dan sempurna)
8 sudu teh rasa tanggungjawab
250 gram senyum secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA:

  • Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.Masukkan usaha dan kesabaran,gaul sehingga sebati.Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit.
  • Biarkan adunan menjadi lembut.Setelah itu,campurkan keimanan,rasa tanggungjawab dan campurkan akhlak mulia.Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
  • Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa serta tolak ansur dan hias dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada…

PESANAN:

UNTUK MENDAPATKAN KEK YANG CANTIK DAN ELOK,JAUHILAH IA DARIPADA AIR MATA PUTUS ASA WALAUPUN SETITIK.OLEH SEBAB KEK KEJAYAAN INI AMAT SUKAR UNTUK DIBUAT,SYABAS KEPADA SESIAPA JUGA YANG BERJAYA MELAKSANAKAN DENGAN BAIK!!!

SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: